Tuesday, March 4, 2014

Done My Diploma. :)

Assalamualaikum..

Hey dude. :) How guys feeling ? goodddddd ? 
Lamanya tak update blog. Rindu la jugak nak update, tapi masa tidak mengizinkan semenjak mula praktikal sampai habis praktikal sibuk ja memanjang. Lepas habis praktikal ada kerja lain pulak yang nak dibuat, ibadah camp, business plan, log book, akhir sekali presentation yang paling rumit. 
Alhamdulillah... Sekarang semua dah berakhir, tamat sudah pengajianku selama 2 tahun 8 bulan di IIC. Harap sangat result last sem ni yang paling terbaik akan aku dapat. :) In sya Allah..

Tak sangka begitu cepat masa berjalan, sedar tak sedar dah 3 tahun dekat tempat orang, bukan senang nak bawa diri di tempat orang kan ? tambah-tambah aku pulak dari aloq staq ke kota metropolitan, jauh bezanya negeri sendiri dengan tempat orang. Act masa first time datang, mungkin agak janggal kot. Tapi sekarang perasaan janggal tu dah hilang dek pengalaman. :)

ps : Sedang memikirkan hala tuju yang bakal datang. 


thank you for read !

Sunday, December 1, 2013

Hi December. :)

Assalamualaikum.....

Hello bloggers.. :) Happy December yaa.. Actually, aku baru habis cuti sem yang ke-7. Esok bermulalah chapter baru dalam hidup aku sebagai seorang guru practical untuk sem last aku di IIC . *wink wink ;) 
First time dalam hidup aku nak mengajar kanak-kanak, bukan senang nak jadi seorang guru ni.. Banyak dugaannya, ye dok ? haha. Disebabkan mak aku teringin sangat nak tengok anaknya yang bongsu ni jadi cikgu, aku pun capaikanlah impian mak aku. Dulu aku memang minat jugak nak jadi cikgu nih, tapi tak laa terasa sampai nak sambung belajar dalam bidang ni. Tapi dah rezeki terkecimpung pulak dalam bidang seorang pengajar ni. :)
Semoga urusan aku sebagai seorang guru praktikal selama 2 bulan ni berjalan lancar dan sentiasa dipermudahkan segala urusan sehari-harian.. In syaa Allah. :)


thank you for read !

Wednesday, November 20, 2013

Allahyarham Ahmad Ammar

Assalamualaikum...

Permulaan cerita aku kali ni mengenai saudara seislam kita iaitu Allahyarham Ahmad Ammar yang telah pun meninggal dunia di negara Turki pada 2 November 2013, yang dikatakan 'syahid'. Subhanallah.... betapa tingginya darjat seorang hamba Allah ini. :') Aku mengetahui kisah beliau seusai aku membaca dari laman sosial, dan aku berasa tertarik akan kisah Allahyarham, dan aku terus melihat video beliau yang ada di youtube. Besar sungguh mengorbanan beliau, terharunya aku melihat dan terasa sebak di hati apabila melihat kisah hidup beliau yang masih muda tetapi dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Walaupun aku tidak mengenali Allahyarham, dengan melihat video beliau air mata aku menitis dikala melihat saudara2 seislam di Turki yang berebut-rebut untuk membawa jenazah ke makam. Ya Allah.. Semoga Allahyarham Ahmad Ammar berada disamping orang-orang yang beriman dan bertakwa di sisi Allah s.w.t dan semoga beliau tenang di sana. Amin.... :')


thank you for read !

Thursday, November 14, 2013

IN SYAA ALLAH.. :)

Berharaplah pada Pencipta Cinta, mohon padanya.. 
Antara dua sahaja yang akan jadi jika anda berdoa : 
DIA akan beri apa yang kita mohonkan atau beri yang lebih baik. 
Andai ujian ditimpakan, hikmahnya itulah lebih baik dari apa yang kita mohonkan.. :)


thank you for read !

Saturday, November 9, 2013

1001 KALI RINDU.

Assalamualaikum..

"...Di saat kamu ingin melepaskan seseorang… ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya…. Di saat kamu mulai tidak mencintainya… ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya… Di saat kamu mulai bosan dengannya… Ingatlah selalu saat indah bersamanya..." 


thank you for read !

Monday, November 4, 2013

YES ! YES ! YES !

Yes ! 
Anything we do ? what we want ? what we want to do ? 
Anything just happen very fast, and everything just go through their ways..
I hope we as a human just follow it, and just be patient in what way we take. 
Just a simple things. :')

By: Ashikin Yusof :)

thank you for read !

Wednesday, September 4, 2013

Cerita Hot !

Assalamualaikum.....

Hai hai hai... Happy September Month yaa. :)
Sekarang jam menunjukkan pukul 4.10am, tapi aku masih tak boleh nak lelapkan mata bagaikan baru bangun di siang hari. Kenapalah aku ni sangat2 susah nak tidur awal hah ? Aku sendiri pun tak dapat jawapan sebenarnya. hm.. Tiba-tiba mood untuk update blog sampai time pagi2 cenggini, dengan didendangkan lagu2 ala2 jiwang katakan. Haha. 
Alahai.... time ada mood nak menulis ni pulak idea jadi tersekat- sekat. Sebenarnya bermacam-macam hal yang aku nak kongsikan dengan korang semua, tapi aku tak tau yang mana nak diceritakan dulu. Aku ni kejap tulis, kejap2 lagi padam, selalu macam tulah aku time menulis blog ni. Eh, apa cerita HOT sekarang ? Harga minyak naik ? haha. This like a small things actually.. Kenapa aku cakap macam tu ? sebabnya aku hanya naik kenderaan awam, then aku tak perlu risau nak gunakan minyak. Haha. Okay, now I can laugh like a small kids, but in future I also will use self transport then will use petrol also. urghh..(broken english). Oh yaa, baru aku perasan harga tiket bas sekarang pun dah naik mungkin disebabkan kadar ekonomi semakin meningkat. hm.. Lepas ni kalau ada peluang sambung study ka, kerja jauh ka, pilihan aku just nak stay dekat kampung halaman ja. Sebabnya semua benda dah naik harga, stress jugak kan ? Kalau ada emergency kes kan susah tu. 
Hm.. aku rasa cukuplah setakat ni ja coretan aku. Nak paksa tidoq then satgi bangun pi kelas pulak. 
Sekian. :)


thank you for read !

Saturday, July 27, 2013

Tanggal 2hb :)

Assalamualaikum......

Bulan Ramadhan bulan yang berkat .. :) yaa, it's true ! Happy fasting ya warga blogger sekalian . Bulan puasa ni aku sangat2 busy dengan assignment yang diberikan lecturer, sebabnya aku dah last sem di iic. heeeee :D actually, tak banyak benda pun aku nak kongsi cuma omong kosong jelah. Bila tengok orang update blog aku pun rasa teringin jugak nak update tapi tak da topik yang nak di update. haha. macam tu pun boleh kan? tapi malam ni aku tulis jugak, sebab dah tak da apa nak dibuatkan. 

Tanggal 2hb.8.2013 pulanglah aku dikampung halaman bersama harapan ingin beraya bersama keluarga tercinta. cewahhhh.. :) bila ingatkan raya tak sabar rasanya nak sambut raya, tapi apakan daya aku masih disini, didunia metropolitan untuk menjalankan tugas sebagai seorang pelajar dan untuk menuntut ilmu demi masa depan aku dan keluarga. Dengan kesabaran yang ada aku tetap akan menanti hari2 yang akan datang.  
  
ps: jaga makan minum, jaga kesihatan, jangan main mercun, berhati2 dijalan raya dan ingatlah orang2 yang tersayang . :)


thank you for read !

Thursday, June 13, 2013

Happy 2nd Anniversary ! :)

Assalamualaikum..

Today is the day ! Happy 2nd Anniversary geng.. I always love u all so much .. hehehe :)
okay, actually anniversary ni bertarikh 12 jun . tapi dah terlambat aku meng update, but it's ok just continue writing. Sorry, for waste u'r time with my story mory yang ala ala western tak western, melayu sangat pun tak jugak. haha. gimik ja lebih kan ? btw, aku dengan member2 rumah celebrate ulangtahun yang ke-2 tahun kami belajar disini, iaitu di IIC. Walaupun aku masuk lewat sebulan dari diorang, tapi tetap sama sem. haha. Alah...tak kisah lah tarikh tak jadi masalah, bantai jelah. Yang penting meraikan tu, lebih penting dan bermakna okay ! :)
Now, aku nak share sikit gambar kitorang yang tak seberapa ni haa .. 

my sweetest friends . :)

cake cake cake . ngee

kad ni dibuat khas dari lysa . :)

Happy Anniversary For Our Relationship ! 
Hope our relationship will continue until Jannah. InsyaAllah..


thank you for read !

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K

Assalamualaikum..

Hai semua .. Salam 1 Malaysia ye.. sambil2 aku godek2 blog tiba2 aku ternampak segmen dari Mr.K ni . So, dengan niat nak tambah rakan blogger aku join segmen tersebut. hehe. :)
mari la join segmen ramai2 geng ! :D
kalau korang berminat nak join segmen ni silalah tekan link di bawah . terima kasih . 

Jumlah follower sekarang : 101





thank you for read !

Wednesday, June 12, 2013

Panas Hati ?

Assalamualaikum.....

Tiba-tiba panas hati ? kenapa ? tak da orang akan panas hati saja-saja kan ? semuanya bersebab ! Aku cukup panas hati bila benda yang aku tak buat, tapi orang tuduh aku buat . apa kes ? dah terang2 dan sah2 benda tu aku tak buat dan ada bukti yang sah lagi tu . Tapi masih jgk tak percaya ? macam mana ? Padahal dia kenal aku bukan baru 2,3 hari . Nampak sangat la dia tak letak kepercayaan dia dekat diri aku ni kan ? so, apa guna perhubungan yang bertahun ni ? Aku rasa macam dah tak kuat dah nak lalui benda2 macam ni . Benda macam ni bukan boleh nak buat main2, semua ni berkaitan dengan hati dan perasaaan . Dia tau sakit hati dia ja, tapi hati aku ? Sapa hirau, sapa ambik tau ? Dia sendiri yang sakitkan hati dia dengan fikir benda2 yang bukan2 . Aku pun tak tau la nak cakap macam mana lagi . Sakit hati ni sapa tau kan ? Dengan izin Allah, aku hanya mampu kuatkan hati.. InsyaAllah .. 


thank you for read !

Tuesday, June 11, 2013

waiting for examination day..

Assalamualaikum....

hallo hallo.... Berdasarkan tajuk besar di atas pun dah nampak kan aku sekarang di belenggu dengan musim peperiksaan . Ini sudah masuk kali keenam aku menjalani peperiksaan akhir semester yang ke-6 . wah wah wah... macam tak percaya kan ? tup tup aku dah sem 6 ? sangat cepat masa berjalan dan berlalu . Bulan 7 nanti genaplah aku 2 tahun disini . :) Dan apabila sampai waktunya tamat belajar, aku tak sabar nak balik ke kampung halaman . Sementara mencari rezeki, atau sementara bersiap sedia untuk sambung belajar semula, InsyaAllah...

p/s: Segala yang buruk datang dari aku, segala yang baik datang dari Allah swt. :)


thank you for read !

Wednesday, May 29, 2013

merapu aje :)

Assalamualaikum..

Apa aku nak cakap sebenarnya ni ? okay, disebabkan dah berkurun lamanya tak berblogger so niat di hati ni  terasa pulak nak berblogger sebab terlampau bosan . heheh . serius lah, malam ni bosan gila kot ! macam tak ada function ja . bangun pagi pi kelas, balik kelas tidur sampai ke petang, bangun tidur mandi makan solat, then menganga lagi . haha . :D itulah dinamakan student kan ? berada ditempat orang ni ibarat lalang ja . *kuikuikui . 
Sekarang aku dah sem 6 dan dah dekat akhir sem dah pun . nama pun sem pendek kan ? so kejap ja dah habis sem then tunggu exam jelah . pejam celik pejam celik, aku dah nak habis study kan ? cepat gila kot ! tak terasa pulak masa berjalan . dulu time awal2 masuk kolej rasa lamanya nak habis . ni dah nak dekat akhir sem terasa cepat pulak . *ngee :D
maaflah sebab post aku sebelum2 ni dah hilang gambar2nya . tangan ni gatal tekan2 merata, last2 hilang semua . haduh . -_- this is call spoil you know ? haha . ok lah, cukup lah disini saja aku merapu memalam ni .
byebye semua . *flying kiss :)





thank you for read !

Friday, March 22, 2013

" 7 Jawapan Penuh Hikmah Daripada Saidina Ali "

Assalamualaikum..

" 7 Jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali "
" Saidina Ali KarramAllahu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah "

1. Apakah yang paling berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2. Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab : Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3. Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4. Apakah yang lebih keras daripada batu ?
Saidina Ali menjawab : Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5. Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6. Apakah lebih sejuk daripada Zamharir (Neraka yang paling dingin) ?
Saidina Ali menjawab : Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk/dingin daripada Zamharir.

7. Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun. 


thank you for read !

Saturday, March 16, 2013

Perbezaan Antara Suka dan Cinta !

Assalamualaikum..

Beza Antara Suka dan Cinta | Mesti banyak yang tidak dapat untuk membezakan antara suka dan cinta kan ? Hal ini sering saja membuatkan orang keliru dan salah sangka khususnya golongan remaja kini. Jadi disini saya sediakan beza antara suka dan cinta : 

1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita, hati kita akan gembira.

2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di hadapan yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

3. Jikalau kita lihat didalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat kedalam mata oramg yang kita suka, kita akan tersenyum.

4. Di hadapan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

p/s : Orang yang HEBAT bukanlah orang yang mampu MENCURI banyak HATI, tapi orang yang HEBAT orang yang mampu MENJAGA satu HATI dan SETIA pada satu HATI untuk selamanya. :)

" Kadangkala anda terlalu sibuk mengutip permata yang anda jumpa sepanjang perjalanan sehinggakan anda terlepas batu yang sudah anda genggam di dalam tangan. Walaupun batu tersebut tidak seindah permata, anda lupa bahawa batu itulah yang melengkapi anda kerana anda ialah permata baginya."


thank you for read !

Monday, March 11, 2013

Rehearsal Musical Drama .

Assalamualaikum..

hari hari yang amat memenatkan apabila terpaksa join drama muzikal atas sebab ? tak ada sebab pun sebenarnya . semua student yang ambik subject bm and bi compulsory must join this activity . dalam hati 'urghhhh...malasnya..'
tapi kena jugak join, macam mana pun tetap kena join . disebabkan benda ni wajib, so minggu ni agak busy ke hulu ke hilir ke kolej . saya bukan pencinta kolej okay ? haha XD
dah la nak dekat musim exam boleh pulak buat muzikal drama time2 macam ni ? tak sesuai langsung kan? dan agak spoil jugak la, hmm . so, dengan rela hati kami sekelas turut serta join muzikal drama tu . ini semua untuk suka2, kalah menang itu letak tepi . yang penting KEPUASAN ! :D
tapi okay jugak la, diorang bagi sijil untuk para peserta so tak ada masalah . just join ! kitorang buat undian dan dapat tempat ke-3 untuk persembahan tu . agak gemuruh jugak la darah ni haa . nak di jadikan cerita lagi, syarat untuk join pertandingan drama ni mestilah diambil dari kisah dongeng orang melayu klasik . tapi kitorang terlari tajuk pulak, kitorang pilih western punya dongeng . HAHA :) tajuk drama kitorang "Si Kecil Bertudung Merah" atau "Red Riding Hood" .
time rehearsal tadi baru tau kot yang kitorang terlari tajuk, disebabkan dah tak ada masa nak ubah semua tu, so kitorang teruskan jugak latihan tadi.
 
bawah ni sebahagian dari rehearsal pagi tadi . :)






p/s : wish our group luck and success . TQ. :D


thank you for read !

Monday, November 26, 2012

Segmen Up Kan Follower & Tambah Kenalan

Assalamualaikum...

hai hai hai . di sebabkan mata ni masih tak mengantuk walaupun jam dah dekat pukul 5 pagi . so, sambil blogwalking sana sini tu tetiba rasa nakk join satu segmen nih . segmen up kan follower and tambah kenalan oleh anis and aina . ok lah tak mau cakap panjang lagi . jom lah join segmen ni ramai2 . :)


follower sekarang :


tarihk tamat : akhir bulan November 2012
kalau berminat nak join just klik banner yang cute tu ok . :)



thank you for read !

Thursday, November 22, 2012

Pencarian Bloglist Disember !

Assalamualaikum........

Hallo .. hari ni kita nak bercakap tentang tajuk di atas tu haa .. pencarian bloglist Disember tiba2 aku ternampak ,so rasa berminat pulak nak join . :)


TAMAT : 28 NOVEMBER 2012 ( 11.59 PM )
jika korang berminat jangan malu2 klik gambar kat ats tu yer . . thanks . :)



thank you for read !

Monday, November 19, 2012

Segmen Follow Sampai Pengsan !

Assalamualaikum .....








hai hai .. untuk hari ni aku nak join segmen pulak lah yer .. macam  yang tertera kat atas tu haa .. segmen follow sampai pengsan . so korang pun mai la join sekali . apa salahnya kita tolong support kawan2 kan ? confirm tak rugilah . :D
Follower sekarang : 80 .
Tarih bermulanya segmen ni : 18.11.2012
Tarikh akhir : tak dapat di kenal pasti kata owner segmen nih . hehe

jika korang berminat korang cuma klik gambar di atas tu ok . thanks . :)





thank you for read !

Thursday, November 15, 2012

Holi Holiday .. :D

Assalamualaikum ....

apa khabar semuanya ? sihat2 belaka agaknya ye .. baru2 ni aku bercuti dengan Mr.F aku .. actually , aku tak pernah ajak pun dia pegi bercuti ka , apa ka ? tiba2 sebelum aku balik aloq staq ni dia ajak pi bercuti pulak . katanya dia nak tunai janji yang dia pernah nak bawak aku pegi bercuti . dalam hati aku, janji yang mana pulak ni ? hahaha . tak ingat langsung kot . aku ? sentiasa on ja . orang nak bawak, aku pi jelah . hahaha . rugi mampos kalau tak ikut . :) 
destinasi kitorang dekat2 ja . perak ja mampu pegi . maybe next time kalau ada rezeki lagi jauh kot boleh pegi . heheh . aku balik aloq staq hari khamis 8hb . sampai sini dalam pukul12 tgh malam macam tu lah . yang nak pegi perak tu pulak 9hb pukul 6 pagi . so aku ni tahan la mata semalaman tak tidoq . nasib la aku ni mata burung hantu , malam2 ja menganga tak mengantuk . :D
bermulah perjalanan jam 6.30 am dan sampai jam 10 am . malangnya bukit merah tu buka pukul12 tgh hari . so menganga la aku ni kat tepi sungai kat sana . bila dah bosan , mula la aku nak bercakap banyak . sapa lagi pendengar setia aku kalau bukan kekasih hati ? heheh . :)
apabila dah cukup time kitorang pun berpusu2 lah masuk ke dalam . di sebabkan aku p hari jumaat, so tak ramai oranglah . kami2 ja kat situ haaaa . petang tu hujan lebat gila kot . memang la menjadi kebiasaan cuaca sekarang musim hujan . nasib la hujan kejap ja . dah puas mandi, pukul4 lebih kitorang dah siap2 mau pulang pulak . 

aku share sikit gambar aku kt sana . :)) 


bila kebosanan melanda diri . :))

si dia sentiasa tinggi dari saya . 

our sweet moment . :D

mereka kanak2 riang . hehehe ..

Insyaallah .. jika masih ada peluang aku akan pegi lagi bercuti kat sana . terima kasih teramat kasih kepada kekasih yang sanggup luang masa dan bawak g jalan2 . :))
sekiannnn .. 




thank you for read !

All Copyright@Reserved By AshikinYusof 2010-2014