Friday, March 22, 2013

" 7 Jawapan Penuh Hikmah Daripada Saidina Ali "

Assalamualaikum..

" 7 Jawapan penuh hikmah daripada Saidina Ali "
" Saidina Ali KarramAllahu Wajhah menjawab 7 pertanyaan dengan penuh hikmah "

1. Apakah yang paling berat daripada langit ?
Saidina Ali menjawab : tuduhan palsu lebih berat daripada langit.

2. Apakah yang lebih luas daripada bumi ?
Saidina Ali menjawab : Kebenaran lebih luas daripada bumi.

3. Apakah yang lebih kaya daripada laut ?
Saidina Ali menjawab : Hati yang Qanaah lebih kaya daripada lautan.

4. Apakah yang lebih keras daripada batu ?
Saidina Ali menjawab : Hati orang munafiq lebih keras daripada batu.

5. Apakah yang lebih panas daripada api ?
Saidina Ali menjawab : Penguasa yang zalim lebih panas daripada api.

6. Apakah lebih sejuk daripada Zamharir (Neraka yang paling dingin) ?
Saidina Ali menjawab : Berhajat kepada orang yang bakhil lebih sejuk/dingin daripada Zamharir.

7. Apakah yang lebih pahit daripada racun ?
Saidina Ali menjawab : Sabar lebih pahit daripada racun (pada riwayat yang lain) Mengadu domba lebih pahit daripada racun. 


thank you for read !

Saturday, March 16, 2013

Perbezaan Antara Suka dan Cinta !

Assalamualaikum..

Beza Antara Suka dan Cinta | Mesti banyak yang tidak dapat untuk membezakan antara suka dan cinta kan ? Hal ini sering saja membuatkan orang keliru dan salah sangka khususnya golongan remaja kini. Jadi disini saya sediakan beza antara suka dan cinta : 

1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita, hati kita akan gembira.

2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di hadapan yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

3. Jikalau kita lihat didalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat kedalam mata oramg yang kita suka, kita akan tersenyum.

4. Di hadapan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

p/s : Orang yang HEBAT bukanlah orang yang mampu MENCURI banyak HATI, tapi orang yang HEBAT orang yang mampu MENJAGA satu HATI dan SETIA pada satu HATI untuk selamanya. :)

" Kadangkala anda terlalu sibuk mengutip permata yang anda jumpa sepanjang perjalanan sehinggakan anda terlepas batu yang sudah anda genggam di dalam tangan. Walaupun batu tersebut tidak seindah permata, anda lupa bahawa batu itulah yang melengkapi anda kerana anda ialah permata baginya."


thank you for read !

Monday, March 11, 2013

Rehearsal Musical Drama .

Assalamualaikum..

hari hari yang amat memenatkan apabila terpaksa join drama muzikal atas sebab ? tak ada sebab pun sebenarnya . semua student yang ambik subject bm and bi compulsory must join this activity . dalam hati 'urghhhh...malasnya..'
tapi kena jugak join, macam mana pun tetap kena join . disebabkan benda ni wajib, so minggu ni agak busy ke hulu ke hilir ke kolej . saya bukan pencinta kolej okay ? haha XD
dah la nak dekat musim exam boleh pulak buat muzikal drama time2 macam ni ? tak sesuai langsung kan? dan agak spoil jugak la, hmm . so, dengan rela hati kami sekelas turut serta join muzikal drama tu . ini semua untuk suka2, kalah menang itu letak tepi . yang penting KEPUASAN ! :D
tapi okay jugak la, diorang bagi sijil untuk para peserta so tak ada masalah . just join ! kitorang buat undian dan dapat tempat ke-3 untuk persembahan tu . agak gemuruh jugak la darah ni haa . nak di jadikan cerita lagi, syarat untuk join pertandingan drama ni mestilah diambil dari kisah dongeng orang melayu klasik . tapi kitorang terlari tajuk pulak, kitorang pilih western punya dongeng . HAHA :) tajuk drama kitorang "Si Kecil Bertudung Merah" atau "Red Riding Hood" .
time rehearsal tadi baru tau kot yang kitorang terlari tajuk, disebabkan dah tak ada masa nak ubah semua tu, so kitorang teruskan jugak latihan tadi.
 
bawah ni sebahagian dari rehearsal pagi tadi . :)






p/s : wish our group luck and success . TQ. :D


thank you for read !

All Copyright@Reserved By AshikinYusof 2010-2014