Saturday, March 16, 2013

Perbezaan Antara Suka dan Cinta !

Assalamualaikum..

Beza Antara Suka dan Cinta | Mesti banyak yang tidak dapat untuk membezakan antara suka dan cinta kan ? Hal ini sering saja membuatkan orang keliru dan salah sangka khususnya golongan remaja kini. Jadi disini saya sediakan beza antara suka dan cinta : 

1. Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita, hati kita akan gembira.

2. Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di hadapan yang kita suka, musim itu cuma berangin saja.

3. Jikalau kita lihat didalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat kedalam mata oramg yang kita suka, kita akan tersenyum.

4. Di hadapan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita akan bebas berkata apa saja.

6. Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang yang kita suka.

7. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut jua menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi air mata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

p/s : Orang yang HEBAT bukanlah orang yang mampu MENCURI banyak HATI, tapi orang yang HEBAT orang yang mampu MENJAGA satu HATI dan SETIA pada satu HATI untuk selamanya. :)

" Kadangkala anda terlalu sibuk mengutip permata yang anda jumpa sepanjang perjalanan sehinggakan anda terlepas batu yang sudah anda genggam di dalam tangan. Walaupun batu tersebut tidak seindah permata, anda lupa bahawa batu itulah yang melengkapi anda kerana anda ialah permata baginya."


thank you for read !

No comments:

Post a Comment

apa kata si MANIS dan si KACAK ? :)

All Copyright@Reserved By AshikinYusof 2010-2014