Wednesday, November 20, 2013

Allahyarham Ahmad Ammar

Assalamualaikum...

Permulaan cerita aku kali ni mengenai saudara seislam kita iaitu Allahyarham Ahmad Ammar yang telah pun meninggal dunia di negara Turki pada 2 November 2013, yang dikatakan 'syahid'. Subhanallah.... betapa tingginya darjat seorang hamba Allah ini. :') Aku mengetahui kisah beliau seusai aku membaca dari laman sosial, dan aku berasa tertarik akan kisah Allahyarham, dan aku terus melihat video beliau yang ada di youtube. Besar sungguh mengorbanan beliau, terharunya aku melihat dan terasa sebak di hati apabila melihat kisah hidup beliau yang masih muda tetapi dipandang tinggi oleh orang sekeliling. Walaupun aku tidak mengenali Allahyarham, dengan melihat video beliau air mata aku menitis dikala melihat saudara2 seislam di Turki yang berebut-rebut untuk membawa jenazah ke makam. Ya Allah.. Semoga Allahyarham Ahmad Ammar berada disamping orang-orang yang beriman dan bertakwa di sisi Allah s.w.t dan semoga beliau tenang di sana. Amin.... :')


thank you for read !

No comments:

Post a Comment

apa kata si MANIS dan si KACAK ? :)

All Copyright@Reserved By AshikinYusof 2010-2014